December 29, 2009

actually..

30 DISEEMBER 2009
WEDNESDAY
12.33 A.M
sebenar-benarnya...
kebanyakan post dalam bog nie merepek jew..
huhu~
banyak yang ditulis hanyalah luahan atau topik yang aku terasa nak cakap kepada semua orang..
kali ini..
ayat-ayat aku skema sikit..
saja-saja nak buat macam ini...
hurm..
semakin hari semakin dekat dengan tarikh aku nak pindah rumah..
dan..
perkara ini membuatkan emosi semua orang terganggu dengan hari persekolahan yang makin hampir bagi ummi dan adik..
ayah pula sibuk dengan kerja..
hanya aku yang tidak ada sebarang tugas untuk dilakukan selain belajar dan bersiap sedia untuk mengambil ujian kereta dan motosikal..
sebenarnya..
ujian ini agak susah..
sekali kandas kena ulang..
itu pun kena tunggu lama juga nak ambil lagi sekali..
geram betul dengan cikgu-cikgu dekat skolah memandu itu...
walaupun hari pertama aku pergi ke pusat latihan tersebut adalah hari yang paling aku tak suka..
aku harap hari seperti itu akan berubah..
semestinya semua orang mengharapkan setiap hari merupakan hari yang bahagia..
tapi..aku tetap bersyukur kepada-Nya kerana pak anjang telah berpesan bahawa...
LIFE IS A FANTASTIC JOURNEY..
sehebat atau seteruk mana pun hari itu..
aku akan cuba menghadapi kerana Dia tetap memberi peluang kepada aku untuk hidup dan menikmati segala nikmat yang telah diturunkan..
hari ini di pusat memandu itu..
hanya mendengar taklimat dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang baru habis..
penat sungguh hari ini...
dan..
aku masih menunggu panggilan untuk menghadapi ujian komputer..
aku berdoa agar aku lulus dengan cemerlang dalam ujian itu nanti..
HIDUP.
kenapa masih ada orang yang mengatakan hidup ini penat??
mungkinkah kerana dia sudah tidak dapat bertahan dengan segala dugaan yang diberi..
kalau begitu..
semua orang penat kerana kalau boleh semua orang tidak sanggup lagi menghadapi cabaran hidup..
aku pun pernah berasa begitu..
penat sungguh hidup ini..
tapi..
tiba-tiba aku teringat ini bermakna aku tidak bersyukur..
aku bukan mahu mengeluh dengan qada dan qadar yang tekah ditentukan untuk aku..
tapi..
aku hanya ingin setiap usahaa yang aku lakukan membuahkan hasil..
walaupun sekecil biji sawi..
aku tetap bersyukur kerana aku akan berasa penat lelah aku berbayar..
hidup ini untuk mencari ilmu..
memang penat mencari ilmu..
siapa yang kata tidak penat..
tetapi..
perkara itu akan menjadi seronok apabila aku ikhlas mencari ilmu..
agar ilmu itu juga akan diberkati...
jika bukan untuk aku kejayaan itu...
aku hanya mampu berdoa..
kejayaan untuk ibu bapa..guru-guru dan rakan-rakan yang banyak memberiku memori terindah dalam hidup aku..
kini..
aku mengerti walaupun kegagalan pemusnah kebahagiaan..
namun..
kegagalan juga mampu membuat kita lebih matang dan bersemangat untuk berjaya..
LIFE IS A FANTASTIC JOURNEY..
thanks to pak anjang..
sincerely..
FATIN AMANINA MOHAMAD AZAHAR.




No comments:

Post a Comment